Thursday, January 27, 2011

PENGENALAN PMG'11

Program PERKAMPUNGAN MENARA GADING (PMG) ini adalah program bersifat kebangsaan yang dilaksanakan secara berperingkat di negeri - negeri di dalam Malaysia.
program ini dianjurkan oleh PKPIM serta diurus oleh PKPIM dengan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan di negeri berkenaan. Hasrat program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM/STPM/STAM Negeri Terengganu 2010. Perlaksanaan program ini dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra syarat seperti berbentuk ceramah, bengkel, taklimat dan program kerohanian daripada pihak yang berkaitan terhadap masyarakat setempat.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan bakal-bakal mahasiswa universiti yang mempunyai jati diri dan sahsiah yang unggul di samping pembentukan bangsa yang mampan dan pembinaan tamadun..

No comments: