Wednesday, February 24, 2010

... Rehlah Zon Tengah Atas Terengganu ...

salam...

buat adik2 Zon Tengah Atas Terengganu....

Rehlah akan diadakan seperti mana berikut:

Tarikh: 18 march 2010

Tempat: Masjid Terapung


Masa: 9 pagi- 4 ptg

Bayaran: RM10

Pakaian: pakaian riadah

*seluar jeans, pakaian yang kurang sopan dan baju body-fit tidak dibenarkan...

* sila bawa pakaian solat

~ bagi komiti, fasi dan pesert lain yang nak join, sila bagi nama kepada:

ajib: 013-4479457
kira: 013-7216671
qieda: 014-5133567


* sebarang pertanyaan sila hubungi mana2 nama di atas :) *


SYUKRAN......

Saturday, February 6, 2010

mUHasABaH dIRi

20 MUHASABAH HARIAN

adakah anda......

1. beristigfar@ bertaubat setiap hari????????

2. berzikir mengingati Allah??????????

3. sembahyang 5 waktu?????????

4. berpuasa sunat????????

5. mengerjakan solat-solat sunat?????

6. berselawat kepada Rasulullah??????

7. bersyukur diatas nikmat Allah?????

8. bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan??????

9. memaafkan kesalahan orang lain?????????

10. menghubung sillaturrahim??????

11. memberi nasihat yang baik kepada manusia????

12. mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri???????

13. menziarahi orang sakit/miskin??????

14. menziarahi kubur untuk mengambil iktibar??????

15. bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar????????

16. mencegah kemungkaran bila melihatnya????????

17. sentiasa berfikit serta bertindak kearah kebaikan??????

18. sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya??????

19. menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia??????

20. seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah

marilah kita sama-sama sentiasa bermuhasabah diri.....renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.....

TeNGAh TerENGGanu


gRoup
z0n TereNGgAnu tengAh
[bAwAh]




jAmuAN bERsAmA MeMBerS~


TARIKH: 13 FEB 2010
TEMPAT: BERHAMPIRAN MASJID TERAPUNG, KUALA TERENGGANU
MASA: 9AM- 3PM [tertakluk ke atas pindaan]

maklumat lanjut layari blog terengganu tengah

http://tengahbawah.blogspot.com


Tuesday, February 2, 2010

UTARA TERENGGANU



13/02/10 insyallah.. adik-adik utara TRG akan berjumpa di BUKIT KELUANG..
aktiviti yang dirancang BBQ and mendaki BUKIT KELUANG..


Anakku.....

Anakku...
tahukah kau betapa gembiranya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu.. bergelut dengan kudrat dan nyawa..
namun ibu bangga.. kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat...
yang sekian lama dinanti..

Anakku...
terasa baru semalam ibu mendodoimu..
meriba... dan menyusuimu...
bagaikan baru kelmarin kau berlari-lari anak...
belajar bercakap..merengek minta dibelai...
disuap nasi ke mulut...
hingga ibu lupa rupanya anak ibu dah besar panjang pun...
pejam celik-pejam celik...
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika...

dan ingatlah anakku sayang...
pergimu.. bukan beerti engkau lepas bebas
tetapi anak ibu pergi dengan satu tujuan...
menunaikan impian semua...

ingat anakku...
kita bukan orang senang...
ibu takde harta untuk ditinggalkan...
kecuali ilmu yang kau ada...
ibu dah bekalkan kau dengan agama...
amalkanlah setiap masa...
buatlah apa yang disuruh...
tinggalkan apa yang ditegah...

pesan ibu...
jangan engkau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan...
jangan ikut keletah rakan-rakan...
gunakanlah peluang ini...
kerana ia datang hanya sekali...
dan ketika ia kembali...
ibu dapat bayangkan...
betapa bahagianya hidup ini...
betapa ringannya bebanan...
bila kau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah...
dan pasti ketika itu...
kita dah tak tinggal lagi di rumah usang...
biarpun masanya masih panjang lagi...
tapi ibu sentiasa mendoakan...
ianya menjadi kenyataan...
biarpun ibu disini..
masih bermain dengan lumpur...
bermandikan getah...
untuk menyaramu...
tapi ibu berharap sangat...
kasihmu...

RM20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah : Hmmm....nak tanya apa?

Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah

mula menengking.

Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah

sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak : Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit colour merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit...”

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...Dengan rasa hiba..ayahnya terus memeluk Amin dengan seerat-eratnya...

The moral of this story...

Kongsilah cerita ni dengan sesiapa je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi.

Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk.

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita & yang sentiasa berada di hati kita.

Bayangkan, bila dah kerja nanti, kalau kita mati, pihak syarikat akan senang2 cari orang lain gantikan kita. Tapi, keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.

Fikirlah, selama ni apa yang kita dah buat untuk keluarga kita? Untuk insan yang kita sayang?

Monday, February 1, 2010

Zikir Harian